Showing posts with label FIKRAH. Show all posts
Showing posts with label FIKRAH. Show all posts
KE'TIDAK PEDULISME' vs 'AMANAHMU'
Barah Individualistik, Bahana Ke'tidak pedulisme'
“Arrghh..ada aku kesah??”
“Lantaklah korang!!”
“Kubur lain-lain!”
“Tak nak la jaga tepi kain orang..”
Seringkali singgah di pendengaran kita ungkapan sebegini di kalangan masyarakat. Kata-kata yang berbaur ke’aku’an yang mengheret kepada sikap ke’tidak pedulisme’. Sikap ini berlegar di setiap peringkat umur, dari beberapa komuniti kecil yang bermula dari rumah, jiran, kampung sehingga menular ke setiap daerah, negeri dan seluruh penjuru dunia. Semuanya menjadi pandemik dalam kehidupan.
Usah terbang tinggi menilai masyarakat di Malaysia, lihat sahaja di persekitaran kita, kelompok yang dikatakan bakal pewaris anbiya’ hari ini pun dilihat semakin menerima pakai idea dan sikap ini. Masing-masing lebih ber’nafsu’ pada diri sendiri, manusia sekeliling dipandang sepi. Memecut laju marathon kehidupan, malah bangga meninggalkan teman yang jauh di belakang. Tanpa sedar, kita seperti memberi isyarat thumb’s up kepada philosopher barat yang menekankan bahawa sifat mementingkan diri sendiri ini adalah satu sifat terpuji!
Dipetik dari Laman Rasmi PPMS
Ditulis oleh Ukhti Nurlina(Siswazah Mujamma' Fatah Islami,Damsyik)
Sudah agak lama ingin berkongsi apa yang terpendam selama ini di benak. Kira-kira orang lain juga mungkin punya perasaan yang sama namun mungkin mereka masih ‘tidak bertemu’ ruang untuk menyampaikan. Saya memulakan kali ini selepas satu desakan daripada dalam yang mendorong untuk saya menyatakan. Bicara dalam kerangka hedonisme. nak bace lagi??

