..Liberal,SIS,dan Tajdid..

Dipetik dari Laman Rasmi PPMS
Ditulis oleh Ukhti Nurlina(Siswazah Mujamma' Fatah Islami,Damsyik)



Sudah agak lama ingin berkongsi apa yang  terpendam selama ini di benak. Kira-kira orang lain juga mungkin punya perasaan yang sama namun mungkin mereka masih ‘tidak bertemu’ ruang untuk menyampaikan. Saya memulakan kali ini selepas satu desakan daripada dalam yang mendorong untuk saya menyatakan. Bicara dalam kerangka hedonisme. 
nak bace lagi??



          Program qiamullail baru-baru ini kami dihidangkan dengan sebuah filem. Di kalangan pembaca mungkin ada menyatakan filem ini sudah agak lama. Di kalangan kami termasuk saya baru pertama kali melihat filem ini pada malam tersebut bersama sahabat-sahabat. Sebelum tayangan pada malam itu saya sudah mendengar ramai yang mengatakan ia sebuah filem Islam Liberal. Prejudis saya ketika itu menggambarkan filem ini pastinya mirip filem-filem yang pernah diarahkan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Gubra, Sepet, Mohsin atau mungkin juga Akhirat dan Fitna. Berbalik pada persoalan filem tadi, dikatakan filem tersebut menuntut kebebasan seorang wanita. Ah, lagi menggumamkan. Pasti ia bakal mempromosi agenda SIS! “Wanita Berkalung Sorban” tajuk terpancar melalui LCD. Mmm, menarik maksudnya. Anak mata difokuskan. 
 
        Dua jam berteleku di hadapan skrin. Tema yang dapat saya simpulkan daripada filem ini ialah tentang perjuangan seorang wanita menuntut kebebasan. Namun, lebih kurang 45 minit sebelum tayangan tamat, saya mula keliru. Adakah benar filem ini mempromosi agenda SIS? Saya tidak dapat membuat keputusan. Akhirnya, saya menilai semula, membuat klasifikasi.
 
Bahagian 1 : Saya kategorikan sebagai sebuah salah faham yang ditonjolkan melalui filem tesebut.
· Wanita tidak boleh jadi pemimpin, menaiki kuda, bekerja, belajar tanpa muhrim cara didikan ayah terlalu kasar dan tidak adil antara anak lelaki de-ngan perempuan. Wanita tidak perlu belajar tinggi kerana peranannya hanya dalam keluarga sahaja. Perkahwinan paksa-dalam Islam tidak ada. (Apatah lagi kedudukannya seperti meng’kambing hitam’kan anak tersebut kerana ingin memastikan kelangsu-ngan psantren yang ditubuhkan) penderaan terhadap isteri menggunakan dalil al-Quran bukan pada tempatnya. Surah Nisa : 19, “pergauilah mereka (isteri-isteri kamu dengan baik” dalam hal layanan kepada suami sedangkan amatlah bertentangan dengan larangan dalam surah al-Baqarah : 222, “janganlah kamu mendekati   isteri-isteri kamu sehinggalah mereka suci” (dalam babak memaksa isteri melayan dalam keadaan haid, nifas dan sarat mengan-dung)
· Suami tidak berlaku adil dalam hal poligami. Wanita dipandang hina dan dikatakan tidak tahu melayan suami kerana meminta cerai-tanpa mengetahui dan menyoal selidik mengapa isteri sanggup meminta cerai.
· Hukum rejam yang diputuskan tidak me-ngadili dengan adil. Kaedah pelaksanaan tidak benar- mangsa tidak ditanam dan merejam de-ngan batu yang besar.
Walaubagaimanapun, saya masih tidak menolak bahawa perkara-perkara seperti soal wanita bekerja, kepimpinan, safar mar’ah untuk belajar dan lain-lain pada asalnya sememangnya wanita tidak dibolehkan. Namun yang menjadi kesilapan dan membawa salah faham adalah dalam konteks penyampaian mesej dalam filem ini ia tidak menonjolkan masalah ini telah pun dibahaskan oleh para ulama sehingga ada hal-hal yang dibenarkan kepada wanita dalam beberapa keadaan jika memenuhi syarat.
 
Bahagian 2 : Agenda Islam Liberal. Saya tidak menafikan adanya unsur ini.
· Aurat tidak tertutup sempurna.
· Ikhtilat lelaki perempuan berpegang tangan, menaiki kuda, bersalam dengan posmen.
· Ikhtilat kanak-kanak lelaki dan perempuan mendorong unsur couple dari kecil.
· Mempersenda hukum ‘haram’ menonton filem tiada dalam dalil.
· Seorang isteri bertemu dengan lelaki yang bukan mahram (berkhalwah) hingga bersentuhan dan membawa fitnah. 
· Kalimah-kalimah memesongkan aqidah: “Tuhan tidak adil kepada perempuan”, “ Tuhan tidak pernah mendengar istighfar  aku”
· Kebebasan ingin keluar dari kongkongan batas-batas agama dari sudut aurat, pergaulan bebas
· Penonjolan hubungan suami isteri (unsur erotisme)-(kami sensor part ini)
 
Bahagian 3 : Pada bahagian inilah saya mula menjadi keliru apabila babak-babak yang ditonjolkan ada benarnya dari sudut realiti dan mula menyebelahi tuntutan Islam dari segi ruang kebebasan yang diberi kepada wanita dalam Islam. 
· Realiti yang berlaku ramai golongan agama yang tidak pernah diberi pendedahan dunia luar apabila berada dalam dunia sebenar mengalami kejutan budaya lantas meninggalkan ajaran Islam atas dasar inginkan kebebasan dan ingin mencuba
· Gambaran biah psantren (mungkin sebahagian) dari sudut sistem pembelajaran dan pembawakan para mu’allim yang bisa melahirkan golongan mutasyaddid. (pelajar tidak ditekankan asas-asas ilmu tetapi terus ditekankan berpegang pada perkara furu’ yang bersifat murunah)
· Suami turut membantu isteri membuat kerja rumah, tidak memaksa untuk diberi layanan.
· Isteri boleh meminta fasakh dalam hal-hal yang dibenarkan di sisi syarak.
· Perempuan punya hak untuk mengeluarkan pendapat
· Perempuan tidak semestinya berada di dapur sahaja
· Misi dalam membuat perubahan minda jumud dan konservatif apabila cuba membawa masuk ilmu-ilmu moden melalui penubuhan perpustakaan moden
· Walaupun Anissa (watak utama) memperjuangkan kebebasan wanita namun tidak pernah menolak poligami, berkahwin, tetap bertudung sehingga ke akhir episod dan ini semua adalah BERTENTANGAN dengan dasar perjuangan SIS.  
 
        Satu aspek yang perlu disebut dalam membuat penilaian, aspek latar belakang masyarakat mesti diambil kira. Kita kena sedar, filem ini lahir daripada sebuah produk negara liberalis yang kuat. Pada pe-ngamatan saya, industri hiburan tika ini berada di tahap mencabar pemikiran kita dalam membuat penilaian. Sejujurnya, saya berpendapat bahawa golongan agama memang tidak sepatutnya turut terjebak dalam menonoton filem-filem, drama-drama dan lain-lainnya hanya kerana atas alasan untuk mempersiapkan diri bertemu mad’u. Namun, untuk meninggalkan hiburan secara total juga seperti tidak kena kerana kita tahu ada hiburan yang dibenarkan dalam Islam yang mesti bijak diolah sebagai alternatif untuk masyarakat dan diri kita sendiri. Mengubati mad’u mesti dikenalpasti dahulu penyakitnya. Mungkin satu contoh yang boleh kita lihat hiburan alternatif dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz membawa Mawi ke Kelantan. Dan di Washington kini lahir sebuah medan hiburan alternatif Islam di bawah perusahaan Ali Ardekani iaitu Ummah Films.     
 
        Tidak perlu menonton semua jenis filem dan drama. Jika kita bijak, cukup dengan hanya satu filem sudah cukup (atau jika tanpa menonton filem kita sudah mampu membuat analisis itu lebih baik) untuk memberi gambaran kepada kita tahap pemikiran masyarakat terhadap hiburan. Secara umum, bentuk-bentuk filem yang ada hari ini termasuk Malaysia menggambarkan bahawa masyarakat sudah mula inginkan perubahan pada moral dan nilai Islam yang sebenar. Critera poligami, kes dera, cinta tiga segi, hantu dan puaka mula lapuk. Masyarakat sudah inginkan mesej Islam yang telus dan realistik. Dan, kita dapati unsur-unsur ini sudah perlahan-lahan masuk dalam industri maya ini. Tinggal lagi, watak-watak yang ditonjolkan masih tidak mampu menjadi moral kepada masyarakat dari segi ikhtilat dan aurat.
 
        Secara keseluruhan, filem Wanita Berkalung Sorban masih tidak mampu membawa moral dan meninggalkan kesan kuat kepada masyarakat walaupun unsur kebaikan ada diterapkan. Antara taksub salah terhadap syariat Islam dengan tuntutan kebebasan total, kedua-duanya tumbuh di atas satu persamaan iaitu sikap mutasyaddid sehingga keduanya saling mencabar. Kesimpulan saya terhadap filem ini, surah al-Baqarah ayat 42 : “Janganlah kamu mencampur adukkan yang hak dengan yang batil”.     Liberal + SIS + Tajdid = ??? Tolong ciptakan satu istilah… Islam itu Wasathiah. Terima kasih.    

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment







  • ..Ab0ut mE..

    My photo
    Anak kelahiran Terengganu Darul Iman.. sekarang berumur 20 tahun.. masih menuntut di Mujamma' Fatah Islami,Damascus,Syria.. berada di Tahun 2 Syu'bah Syariah Islamiah.. mendapat pendidikan awal di: PASTI Kg Bukit Tumbuh(1994) PASTI Kg Hiliran(1995) Darul Taqwa(1996-2000) Maahad Darul Quran(2001-2007)... "biar susah menanggung lara...asal iman meresap dijiwa..redhaNya seiring setia bersama.."

    ..kALam mULia..

    ..kALaM hiKmAh..

    "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
    berteduh..
    Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
    layak dibuat kayu api.."

    "Wanita yang bijaksana
    mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang segar menghijau.."


    "Mengatakan diri adalah lemah
    sebelum benar2 terbukti lemah
    adalah
    kelemahan anda yang paling LEMAH.."

    "The important things in life is
    not what happened to you
    in the past..
    but what is going to you
    in the future.."

    ..hAraKaHdaiLy.nEt..

    ..diD y0u know??..

    "...sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet?"

    "...orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri?"

    ..MahA mELihAt..

    seiring waktu berlalu..
    tangis tawa di nafasku..
    hitam putih di hidupku..
    jalani takdirku..

    tiada satu tersembunyi..
    tiada satu yang terlupa..
    segala apa yang terjadi..
    Engkaulah saksinya..

    Kau yang Maha Melihat..
    Kau yang Maha Melihat..
    Kau yang Maha Pemaaf..
    PadaMu hati bertobat..

    Kau yang Maha Pengasih..
    Kau yang Maha Penyayang..
    Kau yang Maha Pelindung..
    PadaMu semua bertekun..

    yang dicinta kan pergi..
    yang didamba kan hilang..
    hidup kan terus berjalan..
    meski penuh dengan tangisan..

    andai bisa ku mengulang..
    waktu hilang dan terbuang..
    andai bisa ku kembali..
    hapus semua pedih..

    andai mungkin aku bisa..
    kembali ulang segalanya..
    tapi hidup takkan bisa..
    meski dengan air mata..

    ..viSit0rs..

  • ..tHe timE..

    ..caLeNdaR..


    MusicPlaylist

    ..cHat wiF rEx_m0cHa..


    ShoutMix chat widget

    ..All i waNt iS t0 bE witH y0u..

    You came to me in that hour of need..
    When I was so lost, so lonely..
    You came to me, took my breath away..
    Showed me the right way, the way to lead..

    You filled my heart with love..
    Showed me the light above..
    Now all I want is to be with you..

    You are my one true love..
    Taught me to never judge..
    Now all I want is to be with you..

    ALLAHUMA! Sallu 'ala Sayideena Mustafa..
    'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa..

    You came to me in a time of despair..
    I called on you, you were there..
    Without you what would my life mean?..
    To not know the unseen, the worlds between..

    For you I'd sacrifice..
    For you I'd give my life..
    Anything, just to be with you..

    I feel so lost at times..
    By all the hurt and lies..
    Now all I want is to be with you..

    Showed right from wrong..
    Taught me to be strong..
    Need you more than ever..
    Ya Rasul ALLAH..

    You came to me..
    In that hour of need..
    Need you more than ever..
    Ya Rasul ALLAH..

    You filled my heart with love..
    Showed me the light above..
    Now all I want is to be with you..

    You are my one true love..
    Taught me to never judge..
    Now all I want is to be with you..

    ..LaBeLs..

    ..iLuvislam.com..

    iluvislam

    ..halaqah.net..