..dLm sAmaR kutEmui jAwapAn..
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh..
Selamat bersua kembali..dah agak lama rasanya jemariku x menari atas keybord ni..bkn kerana keletihan tapi idea dan fikrah agak gersang utk dikongsi bersama teman2..biarlah blog ni bersawang dulu nanti pandai2lah dibersihkan..biar sepi tanpa bicara..sepi dan terus sepi..
Sepi pun sepi jgk..jgn jadi mcm mayat hidup sudahla..sebenarnya utk kali ni saya nak kongsi sedikit permasalahan yang membelenggu dan bertakung di benakku.. 

nak bace lagi??


         Alkisahnya macam ni…minggu lepas saya dan seorang teman bersama rombongan ke PD..4hari sebelum PRK Dun Bagan Pinang..kitorang kesana mcm biaselah..buat kerja2 persiapan menghadapi pilihanraya..kalau ikutkan jadual perjalanan,kitorang sepatutnya pulang ke Terengganu semula pada hari Ahad iaitu selepas hari mengundi..
Nak dijadikan cerita,teman saya tu terpaksa balik awal dari yang dijadualkan..ada plan lain ngn family katanya..plan yang memang x boleh miss..x pyh diceritakanlah ape plannya yang penting plan diorang satu family tu mmg penting..jadi,kami rancangla utk balik berdua..


Pada mulanya nampak mcm x de masalah..ye la,kalau dah nak balik tu balik je la..toksah duk panjang cerita..jadi kami pun merancang la untuk balik ngn bas je..hmm,tapi bkn senang nak cabut lari camgitu je..rancang punya rancang,masalah pulak yang timbul..
 

Kami x diizinkan balik berdua..disebabkan mmg dah kekurangan tenaga kerja,teman saya sorang je yang diizinkan balik ke Terengganu..x keruan rasanya bila dah mcm tu..dahla saya ni jenis x berape kenal mak cik2 dan muslimat yang ade kat sane..tapi bukan tu yang menjadi bebanan,ape yang saya fikir time tu,”bolehke aku lepaskan si **** tu balik sorang2..dah la x pnah naik bas sejauh PD ke Terengganu..hisy!x jamin..”
 

Lain la mcm saya ni yang dah biasa berulang alik..dah biasa naik bas jauh2..tu pun saya x jamin yang saya BERANI duk sorang2 lam bas..klu setakat dungun ke KT pun agaknya dah terketar2 dibuatnya..x sempat naik bas dah terpengsan..apa x nya,klu di Syria sekalipun saya jarang keluar rumah bersendirian tanpa teman walaupun selalunya orang cakap di Syria lebih selamat berbanding Malaysia..Persoalannya bukan berani taupun x..persoalannya adalah HUKUM..
 

Kadang2 rasa terkilan bila ada mulut yang kata..”x pe la balik sorang2,insyaallah selamat..”.. ”x yah berteman pun xpe,kerja kat sini banyak lagi.biar sorang je yang balik..”.. ”dah mmg DARURAT,x pe la balik sorang2 pun…”dan mcm2 lagi la yang sewaktu dgnnya..kalau orang x blaja agama xpe la nak tibai mcm mane pun..ini yang blaja agama..orang jemaah Pas pulak tu..teringat kata2 sinis ummi,”ikut mazhab PAS la tu..”..jadi mana letaknya hukum yang Allah gariskan utk kita??
 

Last2..saya tetap berkeras yang saya akan teman si**** tu balik KT..x kesah la ape org nak cakap..janji teman saya tu selamat sampai..Akhir cerita kitorg balik berdua dengan jumlah penumpang bas tingkat bawah(SP BUMI ) yang x lebih dari 3 orang..kitorg berdua dan seorang penumpang lelaki..bahagian atas bas plk x pasti brape org penumpang..yang pasti mmg x ramai..kalaula saya biarkan sje si****balik sorang..hmm,,bayangkanlah!!..x ke tuah di cari,bala yang ditemui..nauzubillah..
 

Ape2pun,pengalaman di PD bersama tenaga kerja PAS mmg menyeronokkan..maklumlah x pnh turun padang..at least dapat jugak pengalaman sedikit sebanyak…apa yang menarik dan harus diteladani ialah semangat ibu2 dan makcik2 yang kebiasaannya pada umur mereka duk asyik membelai cucu cicit..tapi diorang masih berkobar2 meneruskan perjuangan tanpa noktah..inilah orang kata,beza antara orang yang ditarbiyah berbanding org2 biasa..SYABAS kpd muslimat2 sekalian!!jiwa kalian harus dicontohi anak muda masakini..
 

p/s:Berikut adalah apa yang ingin saya kongsikan bersama setelah membuat sedikit rumusan..bahan asal terlalu panjang jadi saya cuba untuk pendekkannya…Jika terdapat sebarang kesalahan atau tambahan,sila lampirkan..

DALIL TEGAHAN TERHADAP MUSAFIR WANITA TANPA MUHRIM ATAU SUAMI
1. عن إبن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلام لا تسفر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا معها محرم
(رواه البخارى وغيره)
2. عن ابى هريرة مرفوعا : لا يحل مرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر فى مسيرة يوم وليلة ليس معها محرم


3. عن إبن عمر : لا تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم



Hadis Rasulullah SAW “Wanita tidak boleh bermusafir melainkan ada muhrim bersamanya dan janganlah kamu(lelaki) memasuki rumahnya(wanita)kecuali ada muhrim bersamanya”.
(riwayat Bukhari).

Sebuah hadis marfu’ daripada Abu Hurairah pula bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat bermusafir satu hari satu malam dalam keadaan tidak ada muhrim bersamanya”.
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Ibnu Umar ra bermaksud “Janganlah kamu (wanita) bermusafir selama 3 malam tanpa ditemani mahram”.
(riwayat Muttafaqun ‘alaih).

DEFINISI DAN KLASIFIKASI SAFAR MAR’AH

Definisi:
(لغة) قتع المسافة مطلقا وشرعا : قتع مسافة تتغير بها الأحكام
Makna permusafiran dari segi bahasa yang terkandung di dalamnya ialah perpindahan dari negeri ke satu negeri atau dari satu negara ke satu negara.

Klasifikasi:

1. Permusafiran ketaatan – seperti haji dan jihad.
2. Permusafiran harus – seperti berniaga.
3. Permusafiran maksiat – menyamun.

Dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali Rahimullah mengklasifikasikan permusafiran kepada tiga kategori iaitu:

1.Musafir dalam menuntut ilmu, iaitu samada wajib atau sunat bergantung kepada ilmu tersebut adakah ia wajib atau sunat untuk dituntut.

2.Musafir kerana tuntutan haji dan jihad iaitu merupakan musafir kerana ibadah.

3.Musafir kerana ingin lari daripada perkara yang membawa keburukan kepada badan seperti taun ataupun keburukan pada harta contohnya seperti harga tepung yang mahal atau apa sahaja yang seumpama dengannya.


Dalam kitab Mufassal Fii Ahkam Al-Mar’ah menjelaskan bahawa permusafiran wanita semata-mata kerana menuntut ilmu adalah diharuskan samada menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat. Walaubagaimanapun ia menjadi wajib sekiranya berkaitan dengan fardhu kifayah dalam keadaan tiada seorang pun mempelajarinya dalam sesebuah negara ataupun bandar.

HUKUM SAFAR MAR’AH

Sebelum kita mengupas tajuk di atas kita perlu mengetahui bahagian-bahagian safar terlebih dahulu. Bahagian-bahagiannya ialah:
• Safar wajib
• Safar sunat
• Safar harus

• SAFAR WAJIB
Iaitu safar untuk menunaikan fardhu haji, sebahagian ulama menyatakan bahawa jihad dan menuntut ilmu juga dikira sebagai musafir wajib. Pendapat-pendapat ulama dalam masalah ini:

Al-Hanafiah - perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram, perempuan tersebut tidak diwajibkan menunaikan haji.

Hanabilah - disyaratkan adanya suami atau mahram. Jika seseorang perempuan bermusafir untuk menunaikan haji tanpa suami atau mahram, hukumnya berdosa tapi hajinya sah.

Imam Malik - tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dithiqahi bahkan disyaratkan aman bagi dirinya. Adalah makruh bagi seorang wanita yang bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan wanita itu menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.

As-Syafie - tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dithiqahi kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.
(Kesimpulan:ketiga-tiga imam mazhab mensyaratkan musafir wanita ditemani mahram atau suami.Imam As-syafie mengharuskan musafir jika ditemani wanita yang dithiqahi.Manakala imam Malik tidak mensyaratkan musafir wanita ditemani mahram atau suami jika sekiranya keamanan terjamin)

• SAFAR SUNAT
Iaitu samada haji dan umrah sunat, ziarah menziarahi, urusan perniagaan dan sebagainya. Hukum menurut pendapat ulama:

Segolongan ulama menyatakan harus seseorang wanita keluar bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.

Jumhur ulama menegaskan tidak harus kecuali bersama suami atau mahram berdasarkan hadis-hadis yang sahih.

Al-Qadhi Iyadh menyatakan tidak boleh perempuan muda tanpa mahramnya adapun perempuan tua yang telah mengalami putus haid boleh bermusafir pada bila-bila masa tanpa suami atau mahramnya. Pendapat ini turut disokong dalam kitab Al-Qura yang dikarang oleh Mustafa Al-Hilbi.

• SAFAR HARUS
Contohnya musafir kerana melancong ke sesebuah tempat. Safar harus ada 3 keadaan:

1.Bermusafir secara berkumpulan samada ditemani oleh perempuan yang dipercayai atau suaminya.

2.Musafir seorang diri.

3.Musafir bersama orang lain (bukan suami atau mahram);

HUKUM: jika terdapat bahaya disepakati oleh ulama hukumnya haram. Sekiranya tiada mudharat, maka di dalam masalah ini terdapat kekhilafan yang akan kita perbincangkan.

Jumhur ulama- tidak membolehkan perempuan dalam safar harus kerana berdasarkan hadis-hadis yang sorih (jelas).

Syeikh Sya’rawi, Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Syeikh Abdullah Jabra’in- iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Saudi menyatakan boleh dan ia tidak haram.

-Kata Syeikh As-Sya’rawi, “Apabila keamanan terjamin melalui mana-mana cara atau wasilah, tidak dihalang bagi seorang perempuan untuk bermusafir sekalipun seorang diri terutama di zaman ini, di mana sistem pengangkutan amat menyelesakan serta wujud ciri-ciri keselamatan ke atas maruah dan adab kesopanan seorang perempuan”.
-Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata di dalam كيف نتعامل مع السنة dan والصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف, “Apabila kita melihat kepada safar pada zaman ini dengan segala kemudahannya, kita akan mendapati ia seperti kapal terbang yang dapat memuatkan beratus-ratus penumpang yang membawa manusia dari satu negara ke satu negara yang lain dalam waktu yang singkat. Oleh yang demikian, tidak perlu dibimbangkan tentang keselamatan seseorang perempuan apabila kaum keluarganya menghantar ke lapangan terbang dan perempuan itu disambut oleh kaum keluarganya di destinasi yang ditujunya. Tambahan pula perempuan itu menaiki kapal terbang bersama penumpang yang dithiqahi.”Maksud Dr. Yusof Al-Qardhawi sebagaimana ulama yang lain membolehkan perempuan bermusafir tanpa mahram atau suami jika terjamin keamanannya.
-Syeikh Jabrain menyatakan terdapat hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram kerana pada zaman Nabi untuk pergi ke suatu tempat memerlukan seseorang itu merentasi padang pasir dan keadaan ini membahayakan kepada seorang wanita. Pada zaman sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Oleh itu bolehlah perempuan bermusafir tanpa mahram jika terjamin keamanannya.
Secara tuntasnya,dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang membolehkan wanita bermusafir tanpa mahram dan suami dalam keadaan aman itu, mereka berpegang kepada ilah hukum iaitu Rasulullah melarang perempuan bermusafir tanpa suami atau mahram disebabkan perempuan mudah diganggu.
Hukum: Haram bermusafir
Ilah : Diganggu

Di dalam masalah ini ulama membuat satu kaedah iaitu:
العلة تدور مع الحكم وجودا وعدما
Ilah itu akan berjalan dari segi ada atau tiada; ada ilah ada hukum, tiada ilah maka gugur hukum. Tiada bahaya boleh musafir, ada bahaya haram bermusafir.

Adapun mereka yang berpegang kepada zahir nas, hukumnya tetap haram samada ada kemerbahayaan atau tidak.

Kesimpulannya, perkara yang disepakati ini dalam masalah safar harus adalah sekiranya membawa mudharat kepada perempuan itu dalam musafirnya samada bersama suami, mahram atau perempuan-perempuan yang dithiqahi, maka hukumnya haram. Perkara khilafnya, jika aman maka berlaku kekhilafan di kalangan ulama. Wallahuallam.







Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment







  • ..Ab0ut mE..

    My photo
    Anak kelahiran Terengganu Darul Iman.. sekarang berumur 20 tahun.. masih menuntut di Mujamma' Fatah Islami,Damascus,Syria.. berada di Tahun 2 Syu'bah Syariah Islamiah.. mendapat pendidikan awal di: PASTI Kg Bukit Tumbuh(1994) PASTI Kg Hiliran(1995) Darul Taqwa(1996-2000) Maahad Darul Quran(2001-2007)... "biar susah menanggung lara...asal iman meresap dijiwa..redhaNya seiring setia bersama.."

    ..kALam mULia..

    ..kALaM hiKmAh..

    "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
    berteduh..
    Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
    layak dibuat kayu api.."

    "Wanita yang bijaksana
    mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang segar menghijau.."


    "Mengatakan diri adalah lemah
    sebelum benar2 terbukti lemah
    adalah
    kelemahan anda yang paling LEMAH.."

    "The important things in life is
    not what happened to you
    in the past..
    but what is going to you
    in the future.."

    ..hAraKaHdaiLy.nEt..

    ..diD y0u know??..

    "...sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet?"

    "...orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri?"

    ..MahA mELihAt..

    seiring waktu berlalu..
    tangis tawa di nafasku..
    hitam putih di hidupku..
    jalani takdirku..

    tiada satu tersembunyi..
    tiada satu yang terlupa..
    segala apa yang terjadi..
    Engkaulah saksinya..

    Kau yang Maha Melihat..
    Kau yang Maha Melihat..
    Kau yang Maha Pemaaf..
    PadaMu hati bertobat..

    Kau yang Maha Pengasih..
    Kau yang Maha Penyayang..
    Kau yang Maha Pelindung..
    PadaMu semua bertekun..

    yang dicinta kan pergi..
    yang didamba kan hilang..
    hidup kan terus berjalan..
    meski penuh dengan tangisan..

    andai bisa ku mengulang..
    waktu hilang dan terbuang..
    andai bisa ku kembali..
    hapus semua pedih..

    andai mungkin aku bisa..
    kembali ulang segalanya..
    tapi hidup takkan bisa..
    meski dengan air mata..

    ..viSit0rs..

  • ..tHe timE..

    ..caLeNdaR..


    MusicPlaylist

    ..cHat wiF rEx_m0cHa..


    ShoutMix chat widget

    ..All i waNt iS t0 bE witH y0u..

    You came to me in that hour of need..
    When I was so lost, so lonely..
    You came to me, took my breath away..
    Showed me the right way, the way to lead..

    You filled my heart with love..
    Showed me the light above..
    Now all I want is to be with you..

    You are my one true love..
    Taught me to never judge..
    Now all I want is to be with you..

    ALLAHUMA! Sallu 'ala Sayideena Mustafa..
    'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa..

    You came to me in a time of despair..
    I called on you, you were there..
    Without you what would my life mean?..
    To not know the unseen, the worlds between..

    For you I'd sacrifice..
    For you I'd give my life..
    Anything, just to be with you..

    I feel so lost at times..
    By all the hurt and lies..
    Now all I want is to be with you..

    Showed right from wrong..
    Taught me to be strong..
    Need you more than ever..
    Ya Rasul ALLAH..

    You came to me..
    In that hour of need..
    Need you more than ever..
    Ya Rasul ALLAH..

    You filled my heart with love..
    Showed me the light above..
    Now all I want is to be with you..

    You are my one true love..
    Taught me to never judge..
    Now all I want is to be with you..

    ..LaBeLs..

    ..iLuvislam.com..

    iluvislam

    ..halaqah.net..